loading...

Tuesday, August 26, 2014

Pemandu maut,10 cedera bas rempuh treler



26 Ogos 2014. Kampar: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala pemandu kedua serta sembilan penumpang mengalami cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 304 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Gopeng, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, pemandu bas Mansor Shaari, 54, meninggal dunia di tempat kejadian selepas bas dipandunya melanggar belakang treler yang sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya itu.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati bas dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh itu didapati hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan.

Menurutnya, keadaan lebuh raya berkenaan yang agak licin berikutan hujan menyebabkan pemandu berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler terbabit.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala kesemua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Pemandumaut_10cederabasrempuhtreler/Article?mutakhir



Monday, August 25, 2014

Pelajar Maut Bertembung Viva



SEREMBAN – Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan Taman College Heights, Pajam, Mantin, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa, Mohd Izwan Razali, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dari arah Mantin menghala ke Pajam dipercayai hendak ke rumah rakannya.

“Apabila tiba di simpang empat jalan berkenaan, mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta Perodua Viva yang mahu masuk simpang kanan.

“Rempuhan secara bertentangan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mati serta-merta di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa merupakan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan, di sini.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga,” katanya.

Jurucakap berkata, pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah membuat laporan polis.

Beliau berkata, punca kemalangan itu masih dalam siasatan pihaknya dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my