loading...
Friday, December 13, 2013
Bas tembusi bagunan kedai
13 Disember 2013
KUALA LUMPUR - “Bas yang dipandu sangat laju sejak mula-mula saya naik. Terasa melayang-layang macam mahu terbang.”
Adu seorang penumpang sebuah bas Rapid yang terbabas sebelum menghentam dan menembusi bangunan kedai menjual pam air dan alat-alat jentera di Jalan Pudu, lewat petang hari ini.
Separuh dari bas berkenaan berada di bahagian dalam bangunan kedai itu mengakibatkan bahagian hadapan bas remuk.
Misari Nisar, 24, berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat duduk bahagian belakang bas.
Katanya, kejadian berlaku terlalu pantas, namun apa yang dia ingat, bas bergerak terlalu laju.
“Ada penumpang yang menjerit supaya bas diperlahankan tapi masa itu bas sudah ‘terbang’ ke seberang jalan. Saya terhantuk ke hadapan dan terjelepok di bawah tempat duduk hadapan, kemudian pengsan.
“Barangan peribadi saya termasuk beg, dompet dan telefon bimbit hilang sebaik saya sedar,” katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, seramai kira-kira 20 penumpang berada dalam bas berkenaan.
Bas berkenaan datang dari Jalan Imbi ke Jalan Pudu menuju ke arah Jalan Cheras terbabas di laluan bertentangan dan menghentam bangunan kedai terbabit.
Sumber bomba berkata, terdapat tiga mangsa termasuk seorang lelaki warga emas dan dua wanita berusia 40-an cedera ringan dalam kejadian itu dan diberi rawatan segera oleh ambulans yang tiba.
Sementara itu, pemilik kedai berkenaan, Lim Ho Peng, 66, berkata, ketika kejadian kedainya telah tutup daripada beroperasi.
Dia yang berada di bangunan bersebelahan terdengar bunyi dentuman yang amat kuat dari arah kedainya.
“Kedai sudah tutup dari jam 5.30 petang, tapi saya belum balik dan terdengar bunyi dentuman kuat.
“Bila saya tengok rupa-rupanya sebuah bas menghentam kedai. Banyak alat jentera untuk jualan dan pameran rosak, dirempuh bas termasuk dihempap batu dinding kedai,” katanya.
Difahamkan peralatan pam air dan alat-alat jentera yang musnah bernilai RM500 hingga RM50,000 setiap satu namun jumlah kerugian belum dikenal pasti.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/bas-terbang-tembus-kedai-1.230347
Bahaya topi keledar mainan
13 Disember 2013
BANDA HILIR - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kecewa dengan sikap sesetengah ibu bapa yang mengabaikan keselamatan anak-anak apabila menggunakan topi keledar mainan ketika membonceng motosikal.
Pengarah JKJR negeri, B. Shanthini berkata, pihaknya mengesan masih ramai ibu bapa menggunakan topi keledar berkenaan ketika pihaknya menyertai operasi bersepadu, bukannya topi keledar yang menepati piawaian.
Menurutnya, topi berkenaan tidak direka khas untuk kegunaan motosikal, sebaliknya hanya untuk berbasikal atau papan luncur beroda.
“Alasan sering diberi ibu bapa adalah mereka tidak mengetahui terdapat topi keledar untuk kanak-kanak dijual di pasaran, selain tidak mahu menggunakan topi keledar dewasa kerana ia longgar ketika dipakai kanak-kanak.
“Mereka juga lebih suka beli topi mainan ini kerana murah. Tapi, harga sebenarnya sama dengan topi keledar dewasa iaitu antara RM30 hingga RM40 satu,” katanya pada majlis perjumpaan Pengarah JKJR bersama media di pejabat JKJR negeri, dekat sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah JKJR negeri, Abdullah Kechut.
Shathini berkata, pihaknya menyediakan tidak kurang 10 topi keledar kanak-kanak setiap kali menyertai operasi bersepadu untuk ditukarkan kepada mereka yang menggunakan topi mainan.
Sementara itu, Shanthini berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri dalam memantau penjualan topi mainan di kedai-kedai motosikal.
Pakai Topi Keledar Yang Sesuai
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bahaya-topi-keledar-mainan-kanak-kanak-1.230117
Subscribe to:
Posts (Atom)