loading...
Saturday, October 19, 2013
Bas pengantin terbalik
19 Oktober 2013
JERTEH: Seramai 27 penumpang sebuah bas sewa khas termasuk seorang pengantin lelaki nyaris maut apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 104 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran kampung Gerai, dekat sini, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Bas yang disewa dari Johor Bahru untuk membawa rombongan pengantin lelaki itu dalam perjalanan ke majlis perkahwinan di Kota Bharu, Kelantan.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua penumpang termasuk pemandu bas berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di unit pesakit luar Hospital Besut, di sini sebelum dibenarkan pulang.
Sementara itu, jurucakap polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut yang dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku ekoran pemandu bas berkenaan cuba mengelak sebuah kereta yang terbabas masuk ke laluannya.
Katanya, pemandu bas yang cuba mengelak pelanggaran itu terbabas ke ke kiri bahu jalan sebelum terbalik.
Sumber:
hmetro.com.my/articles/Rombonganpengantinnyarismaut//Article?HarianMetro
Remaja perempuan maut nahas
Inalillahi wainailaihi rojiun
19 Oktober 2013
SEGAMAT - Kegembiraan seorang remaja dari Negeri Sembilan untuk menghabiskan cuti perayaan di rumah saudaranya di Labis, di sini, berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 6.5 Jalan Labis - Air Panas, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa yang juga pembonceng, Siti Rubiah Mustapa, 14, maut serta merta di lokasi kejadian apabila motor ditunggang sepupunya, Syarifah Norwahida Syed Khaled, 18, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kereta.
Pemandu kereta yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, hujan lebat dan sebuah motosikal dari arah Labis menghala Pekan Air Panas tergelincir ketika melalui selekoh sebelum mangsa terpelanting ke lorong bertentangan.
“Saya berusaha sedaya upaya mengelak mangsa, namun tidak berjaya menyebabkan saya merempuh mangsa walaupun kenderaan sendiri terbabas dan hampir melanggar tiang lampu.
“Hujan lebat dan jalan yang licin menyebabkan sepupu mangsa gagal mengawal motosikal ditunggangnya sehingga menyebabkan mereka terjatuh. Saya sendiri masih trauma dengan kejadian ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan, mangsa cedera parah pada kepala dan maut serta merta di lokasi kejadian, manakala sepupunya mengalami luka kecil dan lebam pada mata, dan dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/remaja-maut-nahas-1.212517
Subscribe to:
Posts (Atom)