loading...

Saturday, August 10, 2013

Murid maut ketika beraya

Inalillahi wainailaihi rojiun

11 Ogos 2013
Baling: “Arwah bangun awal pagi semalam (kelmarin) walaupun Aidilfitri masuk hari kedua kerana ingin bersama rakan lain untuk menziarahi sanak-saudara di kampung berdekatan.

“Dia macam biasa sebelum keluar rumah, cuma teruja untuk mendapat duit raya menyebabkan dia tergesa-gesa keluar bersama rakan,” kata Maznah Hassan, 42, ibu kepada Nur Nabihah Zainal, 10, yang maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas di Jalan Baru Kulim Baling- Grik, berdekatan Kampung Padang Dan, Kupang, semalam.


Dalam kejadian jam 10.40 pagi, mangsa, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Tiak, Kupang dikatakan keluar dari rumah jiran bersama rakannya untuk menyeberang jalan dan tertinggal di belakang dalam kumpulan rakannya yang lain.

Mangsa dikatakan melintas di jalan itu sebelum dilanggar sebuah kereta sehingga terpelanting ke atas cermin dan jatuh ke atas jalan.


Maznah berkata, arwah anak keempat daripada tujuh adik beradik bersemangat untuk keluar awal berhari raya bersama rakan lain kerana tidak puas berhari raya hari pertama.


“Arwah sempat bersalaman dan mencium sambil menceritakan dia mendapat duit yang banyak untuk disimpan dalam bank dan akan berkunjung lagi ke rumah jiran yang tidak sempat untuk berhari raya.

“Dia seperti biasa saja apabila rakannya datang ke rumah dan mengajak berkunjung ke rumah jiran, dan terkejut selepas dimaklumkan dia terbabit kemalangan ketika melintas jalan,” katanya yang ditemui di sini, semalam.


Beliau berkata, kebiasaannya pada hari raya kedua dia akan duduk di rumah saja, tetapi kali ini arwah bersemangat untuk keluar berhari raya bersama rakan.

“Saya reda dengan apa yang terjadi dan menganggap Allah lebih sayangkan anak saya, malah dia meninggal di bulan yang baik ketika umat Islam menyambut hari mulia,” katanya.


Sementara itu, Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Baling, Inspektor Fauzeli Mohd Ali berkata, mangsa dikatakan menyeberang jalan sebelum kereta Proton Saga dari arah Grik menuju Kulim merempuhnya. Beliau berkata, mangsa yang cedera parah di kepala dan dada dikejarkan ke HB sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 12.35 tengah hari semalam.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Muridkeluarberayamautdilanggarkereta/MA/Article/index_html



Nahas maut tiga kereta sebuah lori

pemandu kereta maut manakala enam lagi termasuk tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori simen di KM 23, Jalan Kuala Pilah-Seremban di Ulu Bendul


Inalillahi wainailaihi rojiun

10 Ogos 2013
KUALA PILAH 10 Ogos - Seorang pemandu kereta maut manakala enam lagi termasuk tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori simen di KM 23, Jalan Kuala Pilah-Seremban di Ulu Bendul dekat sini hari ini.

pemandu kereta maut manakala enam lagi termasuk tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori simen di KM 23, Jalan Kuala Pilah-Seremban di Ulu Bendul


Dalam kejadian 3.10 petang tadi, mangsa Rahmat Jamaludin, 48, pemandu kereta Proton Saga Aeroback, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini untuk bedah siasat.

Enam lagi mangsa termasuk tiga yang cedera parah kini dirawat di HTAN dan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban manakala baki mangsa seramai lapan orang turut dirawat sebagai pesakit luar di kedua-dua hospital itu.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Produa Kelisa dari arah Kuala Pilah cuba memotong, namun gagal lalu bertembung dengan lori simen yang menghala dari arah bertentangan.

Katanya, pemandu lori simen itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan memasuki arah bertentangan dan merempuh bahagian sisi pemandu dua kereta jenis Proton Saga Aeroback dari arah bertentangan.

Katanya, difahamkan, mangsa yang maut baru saja pulang beraya di kampungnya di Palong 2 dan ketika kejadian mangsa bersama abang dan keluarga lain dalam perjalanan pulang ke Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Azmi Abd Rahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih lagi menyiasat punca kejadian. - BERNAMA


VIDEO



UPDATE: 12 Ogos 2013

ULU BENDUL – Seorang lelaki maut manakala anaknya pula kritikal selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori simen yang cuba mengelak daripada melanggar sebuah kenderaan yang memasuki laluan bertentangan di Kilometer (KM) 21.5 Jalan Seremban-Kuala Pilah, kelmarin.


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.15 petang itu turut melibatkan dua lagi kereta dan 10 orang cedera.

Difahamkan punca kejadian itu berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dari arah Kuala Pilah ke Seremban memotong dua kereta jenis Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, ketika kereta jenis Perodua Kelisa memotong dua kenderaan terdapat sebuah lori simen dari arah bertentangan.

Menurutnya, pemandu lori simen cuba mengelak ke arah kiri jalan dengan melakukan brek kecemasan, namun bahagian belakangnya hilang kawalan lalu merempuh kereta Perodua Kelisa dan dua kereta Proton Saga.

"Akibat hentaman kuat itu, pemandu kereta jenis Proton Saga dikenali Rahmat Jamaludin, 48, meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

"Manakala pemandu kereta Kelisa dan Proton Saga serta pemandu lori simen cedera parah," katanya kepada Sinar Harian ketika mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, gara-gara kemalangan itu, jalan tersebut mengalami kesesakan teruk sepanjang 5 kilometer dari arah Kuala Pilah–Seremban.

"Sungguhpun begitu, polis trafik berjaya mengawal keadaan kesesakan sehingga lori dan tiga kereta terbabit dialihkan,” katanya.

Azmi berkata, mangsa yang meninggal dunia beralamat nombor 3, Lorong Mewah Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum dituntut oleh ahli keluarganya, manakala mangsa yang cedera parah menerima rawatan di HTAN,” katanya.


Kejadian berlaku begitu pantas


Sementara itu, adik mangsa, Mohd Johari Jamaluddin, 51, berkata, ketika kejadian, dia menaiki kereta bersama abangnya dan mereka dalam perjalanan dari Felda Palong 2 untuk pulang ke Kuala Lumpur setelah berhari raya di rumah kakaknya.

“Kejadian itu berlaku begitu pantas. Kereta yang kami naiki bersama tiga lagi ahli keluarga abang tidak laju kerana kenderaan mula banyak.

"Akibat kejadian itu, anak abang, Norwahida Rahmat, 18, terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban kerana kaki kanan patah dan kepalanya mengalami pendarahan," katanya.

Katanya, dia bersama isteri arwah, Asnah Bakri, 47, dan anak bongsu arwah, Solehin Rahmat, 14, selamat.


Tergaman lihat lori rempuh kereta


Manakala anak kepada pemandu sebuah lagi kereta Proton Saga, Mohd Azmi, 27, berkata, ketika kejadian ayah, ibu dan tiga adik beradiknya dalam perjalanan dari Felda Tembangau 1 ke Hutan Lipur Rekreasi Ulu Bendul untuk berkelah.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi keluarganya. Kejadian itu mengakibatkan  ayahnya, Awang Zakaria Zainal Abidin, 57, cedera parah manakala ibu dan tiga adiknya cedera ringan.

“Ayah berkata, dia mengekori kereta yang dipandu oleh arwah (Rahmat) dan tidak menduga sama sekali sebuah lori datang dari arah bertentangan dan merempuh kereta mereka. Semuanya berlaku begitu pantas.

“Ayah tergamam apabila melihat bahagian belakang lori simen itu merempuh kereta dinaiki dalam sekelip mata,” katanya.

Sementara itu, difahamkan, pemandu lori simen, Koh Mui Khiang, 60, dikejarkan ke HTJ Seremban kerana kaki kanan dan tangan kiri patah.

Dalam pada itu, tiga jentera iaitu dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dibantu dua bomba dari Seremban 2 bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dibantu dua bomba dari Seremban 2 bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Sumber:
utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130810/je_12/Pemandu-kereta-maut-3-parah-kemalangan-di-Ulu-Bendul
nst.com.my/latest/motorist-dies-6-others-injured-in-kuala-pilah-accident-1.335525
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bapa-maut-anak-kritikal-dirempuh-lori-simen-1.191442



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my