loading...
Monday, December 17, 2012
Gara-gara sakit kepala
17 Disember 2012
ALOR GAJAH - Seorang pengawal keselamatan nyaris maut setelah dia terhumban sejauh lima meter ke dalam longkang akibat gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya di Jalan Perindustrian Kelemak, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, mangsa, Amir Mohamad, 48, yang tinggal di sebuah kampung di Pekan Alor Gajah baru pulang dari kerja. Ketika dalam perjalanan pulang dia gagal mengimbangi motosikalnya kerana mengalami sakit kepala.
Mangsa yang menunggang Honda Ex-5 kemudiannya pitam dan terbabas ke kiri jalan.
Sumber berkata, mangsa yang menunggang seorang diri bekerja di sebuah kilang elektronik berhampiran tempat kejadian bernasib baik apabila bahagian bucu longkang berkenaan tidak mengenai kepalannya.
Difahamkan, kejadian itu disedari anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah yang kebetulan melalui jalan itu dan terlihat sebuah motosikal di kiri jalan.
“Seorang anggota JPAM kemudian berhenti di tepi jalan sambil memerhati sekitar motosikal berkenaan yang dilihat mencurigakan.
“Semasa anggota berkenaan melakukan pemeriksaan, dia ternampak selipar mangsa berada di tebing jalan. Selepas pemeriksaan dilakukan, anggota berkenaan terkejut menemui sesusuk tubuh lelaki terlentang dalam longkang,” katanya.
Sumber itu berkata, anggota JPAM itu segera turun ke dalam longkang melihat keadaan mangsa yang mengerang kesakitan.
“Anggota berkenaan kemudian menghubungi bantuan penyelamat,” katanya.
Sepasukan anggota penyelamat JPAM Daerah Alor Gajah yang tiba di lokasi bersama sebuah ambulans mengeluarkan mangsa yang mengadu cedera pada tulang belakang.
Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Daerah Alor Gajah, Saiful Nazmi Said berkata, ketika tiba di lokasi kejadian mangsa masih berada dalam longkang.
“Usaha menaikkan mangsa ke tebing agak sukar berikutan mangsa berbadan gempal namun dengan bantuan orang awam dia dapat dinaikkan,” katanya.
Mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk rawatan lanjut.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nyaris-maut-motosikal-terbabas-akibat-pitam-1.113186
1 Maut 7 Cedera
17 Disember 2012
KUANTAN - Seorang wanita warga emas terbunuh manakala tujuh cedera termasuk empat parah selepas kereta dinaiki mereka berlanggar dengan lori di Km 164 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat Temerloh malam semalam.
Dalam kejadian 11 malam itu, M. Letchumi, 70, penumpang belakang kereta jenis Proton Wira tersebut, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata empat yang parah dikenal pasti sebagai S. Raja, 38, yang juga pemandu kereta; R. Thanaletchumy, 36; R. Taranitharan, 4; dan R. Thaivegan, 2.
Tiga lagi yang cedera ialah R. Kavita, 32; R. Lilashini, 6; dan P. Luckman, 7, katanya di sini hari ini.
Menurut Mohamed Fauzi, kereta yang dinaiki lapan sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan ketika kejadian.
"Kereta itu dilaporkan hilang kawalan lalu merempuh tayar belakang lori terbabit yang datang dari arah bertentangan," katanya.
Kata beliau, semua mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pekerja syarikat konsensi Lebuh Raya Pantai Timur Anih Berhad (Anih) maut dirempuh sebuah kereta di Km 192.7 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur dekat sini.
Katanya, lelaki warga Bangladesh itu, Raza Mia Md Mofij Uddin, 35, bekerja sebagai tukang sapu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Kejadian berlaku pukul 12.50 tengah hari ketika mangsa berhenti di tepi lebuh raya tersebut setelah motosikal yang dinaiki bersama rakannya Md Raza Miha, 27, rosak.
"Semasa menunggu rakannya pergi mendapatkan bantuan, tiba-sebuah kereta yang dipandu seorang wanita hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa," katanya.- Bernama
Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/warga-emas-maut-tujuh-cedera-nahas-kereta-lori-1.113293

Subscribe to:
Posts (Atom)