loading...

Sunday, October 14, 2012

Remaja Maut bertembung van

15 Oktober 2012

ALOR GAJAH  – Seorang remaja maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah van di Jalan Kelemak, berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi mangsa, K.Ramachandran, 20, dari arah pekan Alor Gajah ke Lendu, hilang kawalan dan terbabas, lalu memasuki laluan bertentangan.

Motosikalnya kemudian bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian motosikal ditunggang mangsa terhuyung-hayang sehingga memasuki laluan bertentangan.

“Motosikalnya terus merempuh bahagian tengah van berkenaan sebelum terjatuh.

“Pemandu van berkenaan cuba memaut stereng ke kiri untuk mengelak dari terus merempuh motosikal yang ditunggang mangsa, namun gagal,” katanya kepada Sinar Harian, di sini kelmarin.

Akibat pertembungan kuat itu, katanya, tayar hadapan motosikal mangsa tercabut dan tersangkut pada besi hadapan van yang dipandu seorang peniaga dalam perjalanan ke rumah di Kampung Paku, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/motosikal-terbabas-bertembung-van-1.94724


Dua beranak nyaris maut

15 Oktober 2012

KUALA TERENGGANU- Dua beranak nyaris maut apabila lori treler sarat dengan muatan kayu getah yang dipandu si bapa terbabas sebelum terbalik dalam satu kejadian di Kampung Pakoh Jaya, di sini, awal pagi, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, lori treler yang dipandu Jaafar Omar, 52, manakala anaknya, Muhammad Zulrami Jaafar, 21, selaku kelindan, sedang membawa kira-kira 25 tan berat muatan dipercayai dalam perjalanan dari

Kota Bharu, Kelantan menuju ke sebuah kilang papan di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan kerana mengelak sebuah kenderaan di laluan bertentangan selepas melalui selekoh yang agak tajam sebelum terbabas dan terbalik.

Kedua-dua beranak itu terpaksa merangkak keluar dari lori treler berkenaan.

Susulan kejadian, bapa kepada enam anak itu mengalami luka di bahagian kepala dan lebam di badan, manakala anaknya yang sedang lena ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima maklumat awal berhubung kejadian berkenaan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/dua-beranak-nyaris-maut-treler-terbalik-1.94686


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my