loading...

Friday, February 17, 2012

Lori Bergerak Sendiri



KUALA LANAR - Hasrat seorang pemandu lori untuk bersarapan terbantut apabila melihat kenderaan diletakkannya di bahu jalan bergerak sendiri sebelum melanggar bahagian hadapan sebuah kedai makan kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Pemandu lori itu, Sarifuddin Abdul Hamid, 34, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari Jerantut menghala ke Felda Kechau untuk menghantar kelapa sawit.

Menurutnya, kebiasaannya dia akan berhenti bersarapan di Kuala Lanar dan meletakkan lori dengan muatan 16 tan kelapa sawit itu di bahu jalan kira-kira 50 meter dari kedai makan tersebut.

“Setelah menarik brek tangan, saya letak kayu di bahagian hadapan tayar kenderaan sebagai pengadang untuk mengelak ia bergerak.

“Setelah memastikan semuanya selamat, saya terus ke kedai makan untuk bersarapan. Namun ketika sedang menunggu makanan, saya terkejut apabila melihat lori saya bergerak ke arah kedai makan itu,” katanya, di sini, semalam.

Sarifuddin berkata, dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika melihat lori itu bergerak perlahan lalu melanggar sebuah kereta di hadapan kedai makan tersebut.

“Setelah melanggar bahagian belakang kereta itu, lori tersebut kemudiannya terbalik ke dalam longkang dan mengenai beberapa bahagian kedai makan.

“Dalam kereta itu ada seorang murid sekolah rendah. Saya bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Sabariah Che Ismail, 53, berkata, ketika kejadian, dia baru sahaja memulakan perniagaan dan pada masa itu, terdapat lima pelanggan di kedainya.

“Saya terkejut apabila terdengar bunyi kuat di bahagian hadapan kedai. Saya dapati sebuah lori terbalik menyebabkan beberapa tiang dan zink kedai mengalami kerosakan.

“Sepanjang 10 tahun menjalankan perniagaan, ia merupakan kejadian pertama berlaku di sini dan saya bersyukur kerana peristiwa itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/lori-rempuh-kedai-makan-1.24890

Wanita Maut Dirempuh Toyota RV4



Inalillahi wainailaihi rojiun      

KAMPUNG RAJA - Seorang wanita maut dalam kemalangan apabila motosikal ditunggangnya dirempuh satu daripada dua kereta yang terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja Jalan Tembila di sini.




Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu mangsa, Shamsinar Suriya Ramia, 27, maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada dada dan patah leher.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noor Zainy Mohd Nor berkata, kejadian berlaku ketika motosikal ditunggang Shamsinar berhenti di persimpa­ngan lampu isyarat dari arah Jalan Haji Omar (Kampung Lampu).

Menurutnya, bagaimanapun secara tiba-tiba berlaku kemalangan membabitkan dua kereta di tengah persimpangan itu menyebabkan salah sebuah kereta merempuh mangsa yang berada di persimpa­ngan.

“Sebuah kereta jenis Toyota RV4 yang dipandu seorang wanita dari arah Jertih ke Kuala Besut telah melanggar Proton Wira dari arah Tembila yang tiba-tiba melintas di tengah persimpangan itu,” katanya.

Noor Zainy berkata, akibat pelanggaran itu pemandu kenderaan Toyota hilang kawalan lalu kenderaannya terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar Shamsinar yang sedang menunggu lampu isyarat hijau menyebabkan mangsa terjatuh dan mati di tempat kejadian.

Mangsa yang beralamat di Jalan Aman, Kampung Raja maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat
manakala semua pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada semua pemandu dan siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu menurut kakak mangsa, Zubaidah Ramia, 30, sebelum kejadian adiknya itu daripada rumah menuju ke bandar Jertih untuk menyelenggara motosikalnya.

Kata Noor Zainy, adiknya yang bekerja di sebuah kedai elektronik di Kampung Raja merupakan anak kelima daripada 11 adik beradik.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/wanita-maut-dirempuh-1.24878

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my